SELAMAT DATANG KE WEBSITE GREAT TEACHER IZRAH

Saturday, December 18, 2010

Wajarkah pembantu rumah


rumah tangga









Apa yang aku faham dan baca dari surat khabar menyatakan pihak Felda akan menyediakan pengurus rumah tangga ataupun pembantu rumah kepada mereka yang enggang mengambil pembantu rumah warga asing.
Difahamkan pihak felda bersedia untuk menyediakan pembantu rumah berkemahiran yang diistilahkan sebagai pengurus rumah tangga dari kalangan lelaki dan juga wanita pada sebarang peringkat umur. Ini bererti selepas ini pembantu rumah yang disediakan terdiri dari kalangan lelaki mahupun wanita yang mempunyai kemahiran untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan rumah tangga kepada keluarga yang memerlukannya.
Petikan dari Utusan : “Felda mengambil inisiatif ini sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada pembantu rumah asing di mana kumpulan pertama terdiri daripada seramai 100 orang pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi akan diberi kursus.
“Mereka akan menjalani latihan kemahiran selama setahun mulai Januari depan yang akan dikendalikan oleh Yayasan Felda mengikut silibus berasaskan kemahiran,” kata Pengerusi Felda Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor semasa meraikan 106 bakal haji Felda dari wilayah Terengganu di sini hari ini.
Menurut beliau, kursus seperti penjagaan kesihatan, memasak, penjagaan kanak-kanak akan ditawarkan secara percuma kepada anak- anak peneroka Felda yang berminat tanpa had umur.
“Kita yakin sambutannya menggalakkan. Ia usaha Felda untuk beri peluang pekerjaan kepada masyarakat Felda. Jawatan ini juga dihormati, dengan gajinya yang stabil, ada uniform dan berkemahiran,” katanya.
Mohd. Yusof berkata, anggaran minimum untuk perkhidmatan mereka ialah adalah antara RM700 hingga RM1,000 sebulan, bergantung kepada kemahiran Pengurus Rumah Tangga tersebut.
“Gaji mereka ini adalah murah berbanding caj untuk mengambil pembantu rumah asing selain berbagai syarat.
“Felda boleh janjikan yang mereka ini lebih boleh diharap, mampu dan lebih menenangkan majikan kerana majikan akan dimaklumkan tentang latar belakang mereka,” katanya.
Beliau berkata, majikan juga boleh berbincang dengan Yayasan Felda yang bertindak sebagai ejen kepada kumpulan itu mengenai syarat-syarat kerja. – BERNAMA

Apa yang aku nak ulas ialah terdapat kelebihan dan juga kekurangan sekiranya menggunakan khidmat pengurus rumah tangga yang disediakan.
Kebaikkan pengurus rumah tangga
Secara keseluruhannya kebaikkan ataupun kelebihan pengurus rumah tangga yang berkemahiran ini ialah pembantu rumah yang bakal digunakan itu telah dilatih selama setahun dan mencakupi bidang kemahiran seperti penjagaan kesihatan, memasak, penjagaan kanak-kanak.
Berbanding dengan pembantu rumah yang ada sekarang, kebanyakkan pembantu rumah warga asing hanya diberikan kursus yang sekejap sebelum diserahkan kepada majikan mereka. Pemantauan dan kemahiran hanya diuruskan oleh ejen-ejen mereka.
Tahap kebolehpercayaan terhadap pembantu rumah juga menjadi satu isu yang tidak pernah selesai sehingga sekarang dan sekiranya menggunakan pengurus rumah tangga warga tempatan, tahap kebolehpercayaan terhadap mereka dapat diselesaikan walaupun tidak sepenuhnya. Sekurang-kurangnya latarbelakang mereka diketahui dan yang pasti mereka adalah rakyat negara kita sendiri.
Bukan untuk menindakkan tahap kebolehpercayaan terhadapat warga asing yang menjadi pembantu rumah tapi sekurang-kurangnya langkah yang diambil oleh Felda adalah sebagai satu cara untuk mengurangkankebergantungan terhadap warga asing dan juga kepada mereka yang takut untuk menggunakan warga asing disebabkan oleh tahap kebolehpercayaan yang rendah.
Kekurangan pengurus rumah tangga
Dalam membincangkan kelebihan dan juga kebaikkan yang ada mungkin sedikit kekurangan kepada bakal majikan ialah pertamanya dari segi anggaran bayaran gaji minimum iaitu RM 700 sehinggan Rm 1000 sebulan. Mungkin ini akan menjadi satu halangan kepada majikan ataupun keluarga yang berhasrat untuk mengambil pembantu rumah kerana kemampuan ataupun keupayaan untuk membayar gaji minimum yang bakal dikenakan.
Gaji bulanan ini akan menjadi penghalang kepada golongan yang berpendapatan sederhana tetapi kepada golongan yang berpendapatan tinggi mungkin tidak menjadi masalah buat mereka.
Selain itu, pihak Felda perlu lebih meneliti dengan lebih terperinci kepada bakal peserta yang akan menjadi pengurus rumah tangga tersebut dari segi latar belakang mereka, keinginan dan minat yang ditunjukkan serta kesanggupan mereka untuk menjadi pengurus rumah tangga.
Kesimpulan
Walauapapun blog ini secara umumnya menyambut baik langkah FELDA untuk menyediakan pengurus rumah tangga kepada majikan ataupun keluarga di malaysia ini yang memerlukannya. Setidak-tidaknya ia akan memberikan pilihan kepada majikan untuk mendapatkan pembantu rumah dan bukan hanya terhad kepada satu pilihan yang ada sahaja.

2 comments:

  1. u nie dah kawin ker ckp pasal pembantu uma? ala... melepas i..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.