PANDUAN PINJAMAN > SYARAT-SYARAT PINJAMAN
1. | Syarat-Syarat Asas | |
Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap | ||
Warganegara Malaysia | ||
Borang permohonan dikemukakan 6 bulan sebelum bersara/tamat perkhidmatan | ||
Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun | ||
Telah disahkan dalam jawatan | ||
Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib | ||
Pembelian harta di Sabah dan Sarawak mesti melalui BPP cawangan di Sabah dan di Sarawak | ||
Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam | ||
Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai Janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman | ||
Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan. | ||
2. | Syarat-Syarat Pinjaman Pembelian Harta Pertama | |
Bayaran Wang Proses adalah RM 1.00 bagi setiap RM 1,000 pinjaman yang dipohon tertakluk kepada tiap-tiap ribu ringgit yang hampir (RM 500 dan ke atas dikenakan tambahan RM 1.00) | ||
Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 30 tahun bagi pemohon yang memilih skim pencen. Bagi pemohon skim KWSP, tempoh bayaran balik adalah terhad kepada baki tempoh perkhidmatan | ||
Bagi pinjaman jenis IV (Pembelian tanah untuk tujuan membina rumah) kelayakan maksima adalah tidak melebihi 50% dari kelayakan semasa dan tempoh maksima bayaran balik adalah 12 tahun | ||
3. | Syarat-Syarat Pinjaman Pembelian Harta Kedua | |
(i) | Pegawai skim berpencen | |
Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama dan tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% dari anggaran pencen berdasarkan gaji semasa | ||
Bagi menentukan kelayakan pinjaman berdasarkan ansuran bayaran balik tidak melebihi 50% dari pencen, kaedah pengiraan pencen adalah seperti berikut :- 1 _ X Gaji pokok semasa X 300 bulan. 600 | ||
(ii) | Pegawai skim KWSP. | |
Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama | ||
(iii) | Bayaran Wang Proses adalah RM 2.00 bagi setiap RM 1,000 pinjaman yang dipohon tertakluk kepada tiap-tiap ribu ringgit yang hampir (RM 500 dan ke atas dikenakan tambahan RM 2.00 ) | |
(iv) | Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 25 tahun bagi pemohon yang memilih skim pencen. Bagi pemohon skim KWSP tempoh bayaran balik adalah terhad kepada baki tempoh perkhidmatan | |
(v) | Bagi pinjaman jenis IV (Pembelian tanah untuk tujuan mendirikan rumah) kelayakan maksima adalah tidak melebihi 50% dari kelayakan semasa dan tempoh maksima bayaran balik adalah 10 tahun | |
(vi) | Syarat-syarat dan peraturan lain sepertimana yang terkandung di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10/94 dan Bil.6/95 masing-masing dan pindaan-pindaan kepada kedua-kedua nya adalah tidak berubah dan masih berkuat kuasa dari semasa ke semasa. | |
4. | Syarat-Syarat Pinjaman Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah yang dibeli melalui Pinjaman Kerajaan | |
(i) | Permohonan hanya boleh dibuat selepas 5 tahun dari tarikh surat kelulusan bagi pinjaman Jenis I dan Jenis V ATAU 5 tahun dari tarikh pengeluaran bayaran 95% / 100% bagi pinjaman Jenis II dan Jenis III | |
(ii) | Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman | |
(iii) | Permohonan pinjaman bagi kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan sekali sahaja. | |
(iv) | Amaun pinjaman adalah perbezaan di antara kelayakan semasa (mengikut gaji hakiki) dengan amaun yang telah diambil atas pembelian harta terdahulu, tidak termasuk Perlindungan Takaful / Insurans Gadaijanji dan Pemilik Rumah. | |
(v) | Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 30 tahun bagi pemohon yang memilih skim pencen. Bagi pemohon skim KWSP tempoh bayaran balik adalah terhad kepada baki tempoh perkhidmatan | |
(vi) | Pemohon hendaklah melantik Pemegang Pertaruhan dengan mengemukakan Akujanji Pemegang Pertaruhan seperti Format Borang 3C (Kes Assignment) atau 3D (Kes Gadaian) | |
(vii) | Pemohon hendaklah mengemukakan salinan Borang 1 yang dikemukakan kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan | |
(viii) | Jika Hakmilik telah dicagarkan kepada mana-mana Institusi Kewangan selain daripada Kerajaan Malaysia sebagai Pemegang Gadaian kedua, pemohon perlu mendapat surat pengesahan daripada Institusi Kewangan berkenaan terlebih dahulu yang bersetuju untuk menangguhkan gadaian bagi membolehkan Kerajaan Malaysia didaftarkan sebagai Pemegang Gadaian Kedua dan institusi kewangan berkenaan sebagai Pemegang Gadaian Ketiga. | |
(ix) | Bagi Kes Assignment, jika Hakmilik Individu / Strata telah dikeluarkan, pinjaman untuk kerja ubahsuai rumah hanya boleh dipertimbangkan setelah Hakmilik Individu / Strata dipindahmilik kepada nama peminjam dan digadaikan kepada Kerajaan Malaysia | |
(x) | Permohonan ubahsuai hendaklah menggunakan skim pinjaman yang diluluskan mengikut pinjaman pertama pemohon samaada SPPP atau SPPPI | |
(xi) | Kerja ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan | |
(xii) | Pindaan ke atas pelan yang telah diluluskan Pihak Berkuasa Tempatan tidak dibenarkan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman dikeluarkan | |
(xiii) | Pinjaman kerja ubahsuai tidak diluluskan ke atas pembelian aksesori rumah. | |
5. | Syarat-Syarat Pinjaman Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah yang tidak dibeli melalui Pinjaman Kerajaan | |
(i) | Surat persetujuan daripada bank atau institusi kewangan menjadi pemegang gadaian kedua jika harta masih dicagar kepada bank atau institusi kewangan | |
(ii) | Kerja ubahsuai hanya dibenarkan ke atas rumah yang telah siap sepenuhnya | |
(iii) | Suami/isteri kepada peminjam juga dibenarkan untuk memohon pinjaman bagi kerja ubahsuai rumah dengan syarat mereka adalah pemilik bersama | |
(iv) | Pemohon yang telah mengambil pinjaman pertama perlu menyelesaikan pinjaman tersebut dan amaun pinjaman yang layak dipohon adalah baki kelayakan semasa | |
(v) | Pelan kerja ubahsuai yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan tempoh kelulusan masih berkuatkuasa | |
(vi) | Pemohon hendaklah mengemukakan salinan Borang 1 yang dikemukakan kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan | |
(vii) | Kerja ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan | |
(viii) | Pemohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau pemilik bersama (suami atau isteri) | |
(ix) | Pindaan ke atas pelan yang telah diluluskan Pihak Berkuasa Tempatan tidak dibenarkan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman dikeluarkan | |
(x) | Pinjaman kerja ubahsuai tidak diluluskan ke atas pembelian aksesori rumah | |
(xi) | Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 30 tahun bagi pemohon yang memilih skim pencen. Bagi pemohon skim KWSP tempoh bayaran balik adalah terhad kepada baki tempoh perkhidmatan. | |
(xii) | Bagi Kes Assignment, jika Hakmilik Individu / Strata telah dikeluarkan, pinjaman untuk kerja ubahsuai rumah hanya boleh dipertimbangkan setelah Hakmilik Individu / Strata dipindahmilik kepada nama peminjam. | |
6. | Syarat-Syarat Pinjaman Harta Yang Belum Mempunyai Hakmilik Individu/Strata Di Pasaran Sekunder daripada Individu/Pemaju (Penjual Kedua) | |
(i) | Hartanah dimajukan oleh pemaju berlesen atau dikecualikan lesen oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) | |
(ii) | Rumah telah siap 100% | |
(iii) | Permohonan hanya dibenarkan bagi skim SPPP sahaja | |
(iv) | Perjanjian jualbeli antara pemaju (penjual pertama) dengan pembeli pertama | |
(v) | Perjanjian jualbeli antara penjual kedua dengan pembeli | |
(vi) | Akujanji Pemaju, Tuan Tanah dan Pemegang Pertaruhan (Borang 5B) | |
(vii) | Akujanji Pemegang Pertaruhan (Borang 3A) | |
(viii) | Persetujuan pembeli kedua menanggung risiko kerana membeli harta daripada penjual yang bukan pemilik berdaftar (harta belum mempunyai Hakmilik Strata (Borang 10) | |
(ix) | Salinan surat permohonan pemaju untuk pecah bahagi bangunan kepada Pejabat Tanah dan Galian | |
(x) | Penyata baki hutang bank penjual kedua bagi 6 bulan kehadapan (sekiranya berkaitan) | |
Nota: | ||
Syarat-syarat dan dokumen lain yang perlu dikemukakan bersama Borang Permohonan Pinjaman adalah mengikut Pinjaman Jenis I. | ||
7. | Syarat-Syarat Pinjaman Harta yang Mempunyai Hakmilik Individu/Strata di Pasaran Sekunder daripada Individu/Pemaju (Penjual Kedua) | |
(i) | Hakmilik Individu/strata telah dikeluarkan atas nama pemaju (penjual pertama) tetapi belum dipindahmilik kepada nama penjual kedua sebagai pemilik berdaftar | |
(ii) | Hartanah dimajukan oleh pemaju berlesen atau jika dikecualikan lesen hendaklah mengemukakan surat pengecualian daripada pihak berkuasa yang berkenaan | |
(iii) | Rumah telah siap 100% dan Sijil Layak Menduduki telah dikeluarkan | |
(iv) | Penyata baki hutang bank penjual kedua bagi 6 bulan kehadapan berserta Akujanji Bank akan melepaskan wang tebusan jika gadaian tidak dapat dibuat | |
(v) | Salinan Borang Pindahmilik (14A) yang telah disempurnakan | |
(vi) | Surat Kebenaran Pindahmilik oleh Pejabat Tanah daripada pemaju kepada pembeli | |
(vii) | Akujanji pemegang pertaruhan untuk pindah milik terus kepada nama pemohon (Borang 3B) | |
(viii) | Persetujuan pembeli kedua menanggung risiko kerana membeli harta daripada penjual yang bukan pemilik berdaftar (harta belum mempunyai Hakmilik Strata (Borang 10) | |
8. | Syarat-Syarat Permohonan Lanjut Tempoh Pinjaman Perumahan Perbendaharaan | |
(i) | Pemohon masih dalam perkhidmatan/belum bersara | |
(ii) | Permohonan hanya dibenarkan kepada peminjam yang telah diluluskan pinjaman sebelum 1 Januari 2009 | |
(iii) | Bayaran 100% telah dikeluarkan kepada pemaju/kontraktor/penjual | |
(iv) | Tempoh minimum adalah lima (5) tahun | |
(v) | Permohonan dibenarkan sekali sahaja | |
(vi) | Permohonan perlu dikemukakan lima (5) tahun sebelum tamat tempoh bayaran balik pinjaman | |
(vii) | Tidak dibenarkan ke atas pinjaman Jenis IV | |
(viii) | Permohonan yang melibatkan tambahan amaun pinjaman (insurans) RM30,000 dan keatas (seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran baru),peminjam perlu melantik peguam untuk urusan gadaian/cagaran semula.Segala kos yang berkaitan bagi urusan tersebut ditanggung oleh peminjam | |
(ix) | Permohonan yang melibatkan tambahan amaun pinjaman ( insurans) kurang daripada RM30,000, peminjam perlu menyempurnakan akunjanji | |
(x) | Salinan Borang opsyen lanjut tempoh perkhimatan daripada 56 kepada 58 tahun bagi skim KWSP yang diakui sah oleh ketua Jabatan | |
(xi) | Salinan surat pengesahan pertukaran dari skim KWSP ke skim berpencen daripada SPA, SPP Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Pentadbiran Negeri dan Badan Berkanun yang diakui sah oleh ketua Jabatan | |
(xii) | Salinan Surat penambahan tempoh perkhidmatan (Tentera sahaja) yang diakui sah oleh ketua Jabatan | |
(xiii) | Jika peminjam telah diluluskan Pinjaman Jenis VII, permohonan lanjut tempoh hanya dibenarkan ke atas Pinjaman Jenis VII sahaja | |
(xiv) | Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman pinjaman | |
9. | Jenis-Jenis Pinjaman | |
JENIS I: PEMBELIAN RUMAH TELAH SIAP | ||
JENIS I: RUMAH SIAP DARI PASARAN SEKUNDER (HAKMILIK INDIVIDU/STRATA) | ||
JENIS I: RUMAH SIAP DARI PASARAN SEKUNDER (HAKMILIK ASSIGNMENT) | ||
JENIS II: PEMBINAAN RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI | ||
JENIS III: PEMBELIAN RUMAH DALAM PEMBINAAN | ||
JENIS IV: PEMBELIAN TANAH | ||
JENIS V: PENYELESAIAN HUTANG (AMBILALIH PINJAMAN BANK/INSTITUSI KEWANGAN) | ||
JENIS VI: UBAHSUAI RUMAH PINJAMAN KERAJAAN | ||
JENIS VI: UBAHSUAI RUMAH BUKAN PINJAMAN KERAJAAN | ||
10. | Kelayakan Pinjaman/Pembiayaan | |
Sila pastikan bahawa AMAUN KELAYAKAN pinjaman/pembiayaan adalah berdasarkan kepada GAJI HAKIKI SEMASA permohonan | ||
Sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan SPPP bil 6/1995 @ SPPPI bil.10/1994 | ||
Amaun pinjaman/pembiayaan yang ditawarkan adalah berdasarkan pada amaun terendah diantara kelayakan/harga rumah/bakihutang bank @ laporan penilaian. | ||
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.