SELAMAT DATANG KE WEBSITE GREAT TEACHER IZRAH

Thursday, December 16, 2010

KENALI PENULIS BLOG ANDA



Nama sebenar beliau adalah IZRAH BIN JUMDAIL BIN JALOH. Lahir pada 16 Mei 1985 di HOSPITAL DUCHESS OF KENT SANDAKAN. Nama Izrah diberikan kepada beliau adalah daripada nama tahun islam hijrah yang digunakan oleh umat islam. Hijrah adalah bermaksud perpindahan dimana merangkul kesemua jenis perpindahan sama ada dari segi rohani jasmani mental dan fizikal. Hijrah membawa maksud yang luas seiring dengan maksud revolusi dan inovasi. Bagi bahasa jepun pula izrah bermaksud kuat (strong) “tsuyoshi”.


Pada usia awal kanak – kanak , beliau adalah seorang yang sangat aktiv dari segi apa juga aktiviti yang dilaksanakan di sekolah mahupun di kampung. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Karamunting Sandakan.  Sungguhpun beliau bukan la daripada golongan yang kaya ataupun miskin iaitu sederhana, ibubapa beliau tidak memanjakan beliau tetapi menggalakkan beliau untuk berdikari sendiri. Tidak hairanlah beliau pergi kesekolah hanya berjalan kaki berbekalkan duit 50sen sahaja.

Dari awal lg beliau menunjukkan sifat kepimpinan beliau di mana beliau menjadi pengawas sekolah di sekolah rendah tersebut selama enam tahun. Daripada awal kanak-kanak lg beliau telah biasa mewakili sekolah dalam bidang sukan dan akademik seperti puisi, syair dan perbahasan begitu juga dalam reka cipta sains muda. Beliau mendapat keputusan UPSR yang baik walaupun tidak cemerlang terbilang dan gemilang tetapi boleh dibanggakan.

Beliau meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi Sandakan, dimana pada awalnya beliau ditempatkan di kelas yang paling hujung sekali “ranking” nya kerana pada waktu tersebut murid di masukkan ke kelas mengikut urutan pendaftaran yang dahulu. Disebabkan beliau lambat mendaftar maka dimasukkan ke kelas yang paling hujung. Sehari selepas itu ujian saringan dilaksanakan dan apa yang memeranjatkan nama beliau adalah nama yang ketiga pertama sekali disebut bagi kelas amanah masa itu. Biasalah ujian matematik memang kegemaran beliau. Beliau menghabiskan PMR dan SPM disekolah tersebut dengan keputusan yang membanggakan pangkat 1. Tawaran Diploma ke university putra Malaysia pada masa itu ditolak beliau.

Selepas SPM beliau meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah Sandakan, meneruskan pelajaran sijil tinggi pelajaran Malaysia dalam aliran sains tulen. Walaupun mendapat keputusan yang baik dalam stpm tetapi beliau tidak mendapat tawaran daripada ipta pada masa itu disebabkan kesilapan teknikal semasa mengisi borang. Akhirnya beliau dijadikan calon lelong dan mendapat tawaran dalam ijazah sains Komputer di UPM. Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang perubatan beliau telah menolak tawaran tersebut manakala membuat permohonan ke university Negara jiran Indonesia dalam bidang perubatan. Permohonan diterima dengan pakej biasiswa sekali daripada jabatan perkhidmatan awam. Beliau berasa gembira pada masa itu seperti mendapat durian runtuh. Kegembiraan beliau ternyata sekejap saja dimana pada waktu itu Indonesia diserang penganas yang meletupkan diri di tempat yang maju di indonsia tidak terkecuali medan tempat beliau ingin pergi sambung belajar. Akibat daripada kejadian itu, beliau menelefon JPA meminta pandangan. Penyelesaiannya JPA telah mengarahkan melanjutkan pelajaran di KUTPM shah alam selangor ( Kolej University Teknologi Dan Pengurusan Malaysia) yang dirasmikan oleh  YAB DATUK NAJIB TUN RAZAK yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia. KUTPM di naik taraf sebagai sebuah university antarabangsa menjadi Management And Science University (MSU). Beliau menamatkan pengajian di university tersebut dengan memiliki ijazah sarjana muda bioperubatan kepujian pada April 2009.

Setelah tamat beliau berkhidmat di hospital duchess of kent tempat kelahiran beliau sebagai pegawai sains sambilan selama 3 bulan sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan pada Julai 2009 di IPGM Kampus Kent Tuaran. Beliau menuntut ilmu perguruan dan limu khas perguruan selama setahun. Pada ogos 2010 beliau telah dianugerahkan diploma pendidikan khas dengan cemerlang.

Pada 16 ogos 2010 ketika beliau berumur 25tahun beliau telah di tempatkan di Sekolah Kebangsaan Jalan Bintang Miri Sarawak dan sehingga sekarang beliau masih mencari kecemerlangan dunia dan akhirat dan sentiasa berusaha sehabis baik. Begitulah ringkasan kisah beliau yang lahir di sabah belajar di semenanjung Malaysia dan bertugas di Sarawak. Beliau akan berasa sentiasa gembira walaupun cita – cita untuk menjadi seorang doktor tiadk tercapai tetapi telah menjadi seorang guru sesuai kerana beliau telah lahir pada hari guru sedunia 16 MAY. Bak kata pepatah "Tidak ada perdana menteri yang menerajui Negara, tidak ada penguam yang menang bicara, tidak ada doktor yang menyelamatkan nyawa, dan tidak ada semuanya jika bukan kerana guru kita". – sekian - bersambung>>>

Sumber: Buku rekod kemajuan dan Diari.


Sekiranya kita taip dan search nama beliau di Google, inilah keputusannya nya:





7 comments:

  1. terima kasih awk.. web nie sgt beguna sgt2 bagi sy.. =)awk tak kiut cuma hensem hehe

    ReplyDelete
  2. hi.. sy rase mcm kenal la awk.. awk nie senior sy, dlu awk long hair kat MSU yek? selalu i tgk2 u.. tp u tak perasan.. hehe

    ReplyDelete
  3. yaka syilamajit? kamu nie kos apa dulu? BBM ka?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.